Thursday, July 8, 2010

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2010 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara.

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum:

a. Warganegara Malaysia
b. Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti

Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana / Kedoktoran

a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf denganya.

b. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkam kerja-kerja kreatif dan inovatif

c. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih satu bahasa antarabangsa.

d. Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, dan Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (ivy league) dan setara.

Pemohon boleh mengemuka permohonan mulai 7 Julai sehingga 30 Julai 2010.


No comments:

Post a Comment