Thursday, August 19, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN DAN BUBUR LAMBUK PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN

Salam Ramadhan

Program MAJLIS KHATAM QURAN DAN BUBUR LAMBUK PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN akan diadakan pada hari Rabu 25 August 2010. Bersama-sama kita menjayakan program ini.

Monday, August 9, 2010


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1431 bagi yang beragama Islam.

Saturday, July 31, 2010

PERINGATAN BAYARAN YURAN

Salam 1Malaysia

Ingin di ingatkan tarikh akhir pembayaran yuran adalah 5 Ogos 2010. Sila selesaikan pembayaran yuran agar anda tidak diberi status GUGUR TARAF.

Bagi yang lain sila selesaikan proses validasi anda.

Terima Kaseh.

Monday, July 26, 2010

PENANGGUHAN KULIAH

Salam 1 Malaysia

Pada 2 dan 3 hb Ogos, Fakulti Pendidikan akan menjadi tuan rumah kepada Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2010, bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Sehubungan dengan itu semua kuliah oleh pensyarah Fakulti Pendidikan pada hari-hari tersebut adalah ditangguhkan. Walaubagaimanapun kuliah-kuliah yang dikendalikan oleh pihak CITU, Akademi Pengajian Bahasa, Fakulti Sains Sukan & Rekresasi, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dll pada 2 hari tersebut akan berlansung seperti biasa.

Harap maklum.

Terima Kaseh

Wednesday, July 21, 2010

COURSE REGISTRATION

The online course registration has been extended to the 25th of July.

Monday, July 19, 2010

COURSE REGISTRATION

Salam 1Malaysia

Today (18th July) is the last day to add and drop courses for semesters 2 - 8 students.

Please take note.

TQ

Thursday, July 8, 2010

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2010 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara.

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum:

a. Warganegara Malaysia
b. Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti

Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana / Kedoktoran

a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf denganya.

b. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkam kerja-kerja kreatif dan inovatif

c. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih satu bahasa antarabangsa.

d. Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, dan Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (ivy league) dan setara.

Pemohon boleh mengemuka permohonan mulai 7 Julai sehingga 30 Julai 2010.